Tidak Rela Bermadu, Ezzaty Abdullah Lebih Rela Diceraikan Jika Suami Ingin Berkahwin Lagi

Hiburan

Tidak Rela Bermadu, Ezzaty Abdullah Lebih Rela Diceraikan Jika Suami Ingin Berkahwin Lagi

Pelakon Ezzaty Abdullah baru-baru ini memberitahu bahawa dia lebih rela diceraikan datipada hidup bermadu jika suaminya, pelakon Azwan Kombos mahu berkahwin lagi satu.

Ezzaty AbdullahSumber : Instagram Ezzaty Abdullah  

Dia menegaskan bahawa dia lebih rela melepaskan orang tersayang daripada berkongsi kasih dengan suaminya.

Advertisement

Tambah Ezzaty lagi, dia menyedari bahawa perkara tersebut dibenarkan dalam Islam namun sejujurnya dia tidak dapat menerimanya jika terjadi dalam kehidupannya.

“Maaflah saya memang anti poligami. Saya tahu dalam Islam dibenarkan tapi terus terang saya tidak boleh menerimanya dalam hidup. Sebenarnya susah nak cakap sebab saya pun ada suami dan saya pun tak tahu apa akan jadi di masa depan.”

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini telah diminta untuk mengulas isu tersebut memandangkan dia kini membawa watak sebgai Fika dalam drama The Maid yang merupakan isteri ketiga kepada Jayden lakonan Norman Hakim.

“Tapi jika Azwan (suami) mahu berkahwin lagi, saya rela diceraikan daripada hidup bermadu. Sudah tentu saya sayangkan suami saya tapi untuk hidup berpoligami tu tak sanggup.” ujarnya kepada sebuah media ketika ditemu bual.

Tampil mengulas wataknya sebagai Fika dalam drama tersebut, Ezzaty mengakui bahawa ianya sangat mencabar kerana benar-benar berbeza daripada watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

Turut membintangi drama The Maid selain Ezzaty adalah beberapa pelakon hebat seperti Norman Hakim, Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Eina Azman dan ramai lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...