Beberapa hari lalu, kami ada kongsikan kisah kejayaan seorang peniaga Nasi Beriyani yang berniaga selama 9 tahun dari tepi jalan sehingga dapat membuka premis perniagaan sendiri. Nasihat beliau adalah jangan putus asa dalam perniagaan untuk berjaya.
Nasihat itu juga dapat dilihat dari jutawan dari China ini yang menubuhkan lama e-commerce yang terbesar di dunia. Jack Ma melalui kegagalan demi kegagalan. Beliau pernah memohon untuk memasuki Universiti Harvard sebanyak 10 kali dan ditolak. Beliau pernah memohon kerja sebanyak 30 kali tetapi ditolak. Beliau pernah memohon kerja di gergasi franchise KFC, tetapi dari 24 yang memohon hanya beliau seorang tidak diterima.
Alibaba adalah satu satu syarikat gergasi di dunia pada ketika ini tetapi tahukah anda yang alibaba hampir ditutup kerana tidak mendapat sebarang keuntungan. Apa yang Jack Ma buat? Beliau tidak putus asa dan meminta 17 rakanya melabur dalam Alibaba kerana beliau masih percaya pada idea nya.
Sekarang Jack Ma merupakan individu yang terkaya di China dan mempunyai nilai kekayaan 34.4 billion dollar.
Apa pun yang anda lakukan “It’s Never Late To Believe In Yourself”
Sumber: BR