Tidak Pulang Selama 27 Tahun, Kisah Warga Bangladesh Ini Buat Hati Rakyat Malaysia Tersentuh

Trending

Tidak Pulang Selama 27 Tahun, Kisah Warga Bangladesh Ini Buat Hati Rakyat Malaysia Tersentuh

Kehadiran warga Bangladesh di Malaysia membuatkan sesetengah rakyat negara kita seakan merendah-rendahkan mereka. Pelbagai juga kata-kata yang dilemparkan kepada mereka ini. Tidak dinafikan, ada juga antara mereka membuat onar dan terlibat dalam kes jenayah, namun dalam setandan pisang bukan semuanya busuk.

Advertisement

Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana sebenarnya kehidupan mereka di sini. Baru-baru ini, menerusi laman Facebook Humans of Kuala Lumpur, mereka menyiarkan kisah seorang pencuci warga Bangladesh yang kini sudah menetap selama 27 tahun di Malaysia.

Bayangkan selama tempoh berpuluh tahun itu, beliau tidak pernah pulang ke kampung untuk bertemu keluarganya. Satu pengorbanan yang cukup besar demi mencari rezeki.

Jom ikuti kisah beliau yang membuatkan hati rakyat Malaysia tersentuh : –

Tinggalkan tanah air selama 27 tahun demi mencari rezeki, terlalu rindukan keluarganya di kampung

Saya tinggalkan tanah air saya Bangladesh 27 tahun lepas semasa anak kelima saya hanya berusia enam bulan. Saya tak pernah balik sejak itu. Saya rindukan keluarga saya dan mereka juga rindukan saya.

Semua ini ialah untuk masa depan mereka.

Saya datang ke Malaysia kerana saya dengar ada banyak peluang pekerjaan di sini. Biarpun hanya buat pekerjaan yang tak ada orang lain hendak buat, saya akan buat. Saya dah buat selama 7 hari seminggu, 365 hari setahun sejak 27 tahun lepas. Tak pernah sehari pun saya cuti sakit atau cuti berehat. Dan saya masih bertahan, insha-Allah.

Keperluan saya di sini mudah saja. Kebanyakan pendapatan saya diberikan pada kepada keluarga saya di sana. Saya bangun tidur, mandi, saya bersarapan pagi, saya pergi bekerja, saya bercakap dengan keluarga saya melalui telefon dan saya berehat sebentar dan keesokan harinya saya ulang rutin yang sama. Begitu juga esok selepas itu. Saya dah berkawan baik dengan beberapa orang di sini juga.

Salah seorang anak perempuan saya kini bekerja sebagai hakim, seorang lagi doktor manakala anak lelaki saya seorang jurutera. Saya bersyukur ke atas apa yang mereka dah capai.

Disember ini saya akan pulang ke Bangladesh buat selamanya dan berjumpa semula dengan ahli keluarga saya. Ia kali pertama saya akan jumpa dua orang cucu saya juga.

Saya tak sabar.

– Humans of Kuala Lumpur

Abu Bakar ialah seorang pencuci berusia 70 tahun yang bekerja di Klang Parade. Dia paling tua dalam kumpulan krew pembersihan di situ.

Gambar diambil di Klang parade apabila krew tersebut menyambut kemenangan Klang Parade untuk kategori Tandas Awam Pusat Beli Belah Paling Bersih yang dianugerahkan Majlis Perbandaran Klang.

Foto:  Ariel Chew
Disunting oleh :  Mushamir Mustafa

Sumber Berita : Facebook Humans of Kuala Lumpur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...