Tidak Puas Hati Gambar Kahwin Dengan Bekas Suami Dipergunakan – Bella Dally

Hiburan

Tidak Puas Hati Gambar Kahwin Dengan Bekas Suami Dipergunakan – Bella Dally

Pelakon Bella Dally menerusi akaun Instagramnya semalam meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan produksi drama Silang yang menggunakan gambar perkahwinannya bersama bekas suami, Nazim Othman sebagai salah satu prop di dalam drama tersebut.

Advertisement

Seakan tidak menghormati tuan empunya badan, pihak produksi turut menyunting gambar kahwin tersebut dimana wajah Bella digantikan dengan Emma Maembong.


Perkara itu mula diketahui Bella apabila mendapat beberapa mesej daripada rakan dan peminat yang bertanyakan soal itu yang sudah viral.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Bella telah menghubungi penerbit drama itu iaitu Sheila Rusly. Sedar pihaknya telah melakukan kesilapan, Sheila dan juga salah seorang krew tampil memohon maaf.

Bella berharap selepas ini tiada lagi pihak yang memandang ringan isu sebegitu dan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Terdahulu, penonton  perasan gambar perkahwinan Amir dan Dura di dalam drama Silang sebenarnya hanya suntingan daripada foto perkahwinan Nazim dan Bella. Mereka hanya ‘crop’ muka Bella dan digantikan dengan Emma. Suntingan itu nampak agak pelik sehingga menjadi bahan lawak netizen di media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...