Written by Bella | July 9th, 2019

Pelakon Bella Dally menerusi akaun Instagramnya semalam meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan produksi drama Silang yang menggunakan gambar perkahwinannya bersama bekas suami, Nazim Othman sebagai salah satu prop di dalam drama tersebut.

Seakan tidak menghormati tuan empunya badan, pihak produksi turut menyunting gambar kahwin tersebut dimana wajah Bella digantikan dengan Emma Maembong.


Perkara itu mula diketahui Bella apabila mendapat beberapa mesej daripada rakan dan peminat yang bertanyakan soal itu yang sudah viral.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Bella telah menghubungi penerbit drama itu iaitu Sheila Rusly. Sedar pihaknya telah melakukan kesilapan, Sheila dan juga salah seorang krew tampil memohon maaf.

Bella berharap selepas ini tiada lagi pihak yang memandang ringan isu sebegitu dan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Terdahulu, penonton  perasan gambar perkahwinan Amir dan Dura di dalam drama Silang sebenarnya hanya suntingan daripada foto perkahwinan Nazim dan Bella. Mereka hanya ‘crop’ muka Bella dan digantikan dengan Emma. Suntingan itu nampak agak pelik sehingga menjadi bahan lawak netizen di media sosial.

8 responses to Tidak Puas Hati Gambar Kahwin Dengan Bekas Suami Dipergunakan – Bella Dally

  1. Anonymous says:

    Tok Sidang….hu..hu..Ha…Ha…sangat.

  2. Aku pemalas says:

    And Nazim is okay with that ????????????????????????????

    • dsv says:

      mmg laa dia okey sbb bkn muka dia kena edit. bella tu kn dah kawen. dia kena jg jg air muka suami br dia wpn xde kaitan lg dgn nazim

Tinggalkan Komen Anda Di Sini