Tidak Profesional, Sophia Albarakbah Batalkan ‘Interview’ Bersama Media Di Saat-Saat Akhir

Hiburan

Tidak Profesional, Sophia Albarakbah Batalkan ‘Interview’ Bersama Media Di Saat-Saat Akhir

Memetik Boom, pelakon Sofia Albarakbah dilaporkan bersikap tidak profesional gara-gara tidak muncul di saat-saat akhir meskipun sudah bersetuju untuk hadir dalam sesi sidang media, semalam.

Makluman ketidakhadiran Sofia itu dimaklumkan wakil produksi yang dikenali sebagai Farid.

Advertisement

Maklum Farid, terdapat pertukaran jadual Sofia menyebabkan aktres itu tidak dapat hadir.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah tidak dapat hadir kerana sedang menjalani penggambaran di Subang.

Sophia terpaksa menyelesaikan penggambaran yang masih  berbaki sebab esok dia kena berangkat ke Jakarta, Indonesia.

Ujarnya lagi, perkara itu tidak dapat dielakkan bagi memastikan kelancaran drama tersebut.

Difahamkan, bintang drama itu hanya memaklumkan mengenai perkara itu hanya kurang 15 minit sebelum majlis bermula.

Pelakon Aliff Aziz yang membawa peranan sebagai hero dalam drama itu telah muncul lebih awal dan bersikap profesional serta tenang ketika menjawab soalan mengenai kontroversi yang melanda dirinya dan Sophia pada ketika ini.

Sophia Bella
1 year ago

"Jangan Bagitahu Parents I, I Merayu.." - Berang Dituduh Penipu, Bella Astillah Dedah Mesej WhatsApp Sophia AlBarakbah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...