Seorang lelaki di India dilaporkan tidak pernah menurunkan tangan kanannya selama 48 tahun, menurut laporan Harian Metro.
Individu yang dikenali sebagai Sadhu Amar Bharati itu telah bertindak mengangkat tangan kanannya ke udara sejak tahun 1973.
Malah, dia tidak merancang untuk menurunkan tangan kanannya itu demi kepercayaan yang dianutinya.
Difahamkan, Sadhu yang memiliki isteri serta tiga orang anak pernah bekerja di sebuah bank namun meninggalkan kehidupan dunia demi keamanan.
Kisahnya kembali menjadi perbualan masyarakat India apabila foto yang menunjukkan keadaan tangan dengan kuku jarinya yang panjang masih kekal pada posisi yang sama sejak dahulu.
Sadhu mendedikasikan kehidupannya kepada tuhan Hindu iaitu dewa Shiva dan memutuskan untuk mengangkan tangan serta mengekalkan kedudukan itu sebagai tanda keimanan dan taat.
Dedah lelaki itu, dia telah menghabiskan masa selama dua tahun pertama dalam kesakitkan namun penderitaan itu mula beransur hilang sehingga kini dia tidak merasa apa-apa.