January 23rd, 2019

Sejak mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal, pelakon Jue Aziz tidak lagi begitu aktif dalam dunia hiburan.

Terbaru, Jue memberitahu beliau sudah bercerai dengan suaminya tetapi enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perceraian mereka dan hanya mengatakan mereka berpisah secara baik. Keputusan itu adalah demi kebaikan masing-masing.

Kami bercerai secara baik dan tiada pergaduhan pun. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing.

Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun. Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang.

Jue dan Bayu berkahwin pada 9 Mac 2014 tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki Darwish Naufal.

Sumber Berita : Harian Metro


13 responses to “Tidak Perlu Tulis Bila, Saya Pun Sudah Habis Edah – Jue Aziz Dan Suami Sudah Bercerai”

  1. Berkelahi dengan syaitan says:

    Oiii BN.. tak kasi orang baca komen ke ape? asal scroll nak baca komen, timbul iklan, asal nak baca komen, timbul iklan.. jangan arr kedekut sgt nak baca komen sorang sorang. Dasar BN sangat BN ni.

    • Anonymous says:

      @BEAUTIFULNARA
      limitasikan la sikit iklan tu… Semak menyempit iklan sana sini. Macam gelojoh na kutip retirement plan.

  2. Rin says:

    Salah satu punca perceraian dalam rumah tangga adalah duet punya fasal

  3. Jaga laki elok2 says:

    Angkatan bini bawang kau org bsiap sedia k,jue dah menjanda sekrg..x pasal jadi instafamous gak korg nt dgn drama air mata laki kena kebas kikikiki

    • Anonymous says:

      Bini2 jenis kaki bawang memang tak pandai jaga laki pun sebenarnye , kalau aku dapat bini gitu confirm aku try Jue ni tapi kena cerai la bini tu dulu. Jue ni pandai jaga hal rumahtangga dan tak mengaibkan suami. Bukan Jue rampas suami orang, laki sekarang meluat jenis bini suka ngutuk orang je keje padahal diri sendiri pun tak pandai jaga laki.

    • Harap maklum says:

      Its not something to laugh about… bukan juga untuk sindiran.

  4. Anonymous says:

    jodoh cerai kuasa Allah… bila smpi masa kawin… kawin dgn org msia pun byk kes cerai… letak laa 20 org hakim setiap negeri tuk kes cerai jer masih jgk tak cukup… hari2 sebutan kes cerai…
    nk kata kawin dgn indon sbb nya tak bole juga… mereka cerai cara elok… kawin dgn org msia ade jer sesi cerai jd drama anak beranak… belum kisah maki2 gaduh duit

  5. Anonymous says:

    mana baik, indonesia ke malaysia

    • Anonymous says:

      Indonesia ke, Malaysia ke, Zimbabwe ke.. Yang membezakan bukan negara/bangsa/warna kulit tapi atas individu itu sendiri. Ibarat bertudung tapi valentine’s day kena cekup. Di Indonesia pun ada, Malaysia pun ada. Lelaki Indonesia pun ada yang baik ada yang tidak. Begitu juga Malaysia. Akal sempit akan bezakan negara, jenis kulit atau bangsa. Pucuk pangkal dalam hubungan rumahtangga jika banyak mudarat bila bersama, berpisah secara aman lebih baik. Kurang dosa, silatulrahim pun mudah dijaga.

    • Anonymous says:

      Aku tahu, saja suruh org penat2 taip.

    • Dongak, Ludah atas kena muka tau says:

      Tak panjang pun apa dia taip. Seronok baca smash si bodoh sombong.

    • Bakor die says:

      Sangap mengganggur la tu tanya soalan goblok

    • Naughty but nice says:

      Ngaku je lah akal sempit

Loading...