Tidak Perlu Surat Polis Untuk Hantar Anak Ke Asrama, Hanya Perlu Kemuka Dokumen Ini

Trending

Tidak Perlu Surat Polis Untuk Hantar Anak Ke Asrama, Hanya Perlu Kemuka Dokumen Ini

Sidang Media PKP petang tadi memaklumkan ibu-bapa yang mahu menghantar anak mereka pulang ke asrama hanya perlu mengemuka surat yang dikeluarkan oleh sekolah kepada anggota polis, ketika melalui sekatan jalan raya, bagi merentas daerah.

Kenyataan itu telah disampaikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Teknikal yang bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada ibu bapa untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, ibu bapa tidak perlu lagi memohon surat kebenaran daripada polis.

Advertisement

“Mesyuarat Teknikal setuju beri kelonggaran kepada ibu bapa untuk rentas negeri bagi hantar anak ke sekolah atau asrama, bagi sesi persekolahan yang akan bermula pada 1 Mac 2021”

“Mesyuarat juga setuju ibu bapa yang hantar anak mereka tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis, namun hanya perlu tunjuk surat dikeluarkan sekolah ketika melalui sekatan jalan raya”

Ujar beliau, perkara ini sudah dibincangkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya baru bercakap dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini dimaklumkan polis di setiap daerah seluruh negara.

Dengan kelonggaran itu, Ismail Sabri berharap tidak akan timbul isu membabitkan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka di luar daerah ketika perlu melalui sekatan jalan raya.

Beliau juga menjangka tidak akan ada isu di kawasan atau sekatan jalan raya apabila ibu bapa hantar anak mereka pulang ke sekolah.

Selingan Jumaat lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pembukaan sekolah bermula 1 Mac untuk murid sekolah rendah iaitu prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2, manakala murid Tahun 3 hingga Tahun 5 pula bermula 8 Mac.

Pelajar sekolah menengah bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala pelajar bagi Kumpulan B merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula pada 5 April.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...