Tidak Perlu Segan Ajak Kawan Atau Teman Wanita Solat – Qi Razali

Hiburan

Tidak Perlu Segan Ajak Kawan Atau Teman Wanita Solat – Qi Razali

Status Twitter pelakon dan pengacara Qi Razali  beberapa hari lalu menarik perhatian ramai apabila beliau meluahkan rasa hairan terhadap sikap sesetengah orang Islam yang merasa segan untuk mengajak rakan ataupun teman wanita menunaikan solat.

Advertisement

Qi berpendapat ia sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Islam untuk mengajak saudara seagama ke arah yang lebih baik. Jangan takut sekiranya dimarahi asalkan sudah melaksanakan tanggungjawab itu.

Apa yang dikatakan oleh Qi mendapat reaksi yang positif daripada netizen. Mereka cukup kagum dengan Qi dan menganggap beliau adalah contoh lelaki terbaik yang boleh dijadikan suami.

Bagus Qi kerana menyampaikan nasihat yang sangat baik buat orang ramai di luar sana. Namun, jika anda ingin melakukan apa yang dinasihati oleh Qi, buatlah dengan cara yang berhemah dan tidak mengguris perasaan orang lain. Isu seperti ini agak sensitif, tetapi kalau kena pada caranya, inshaAllah, rakan ataupun mereka yang kita sayang boleh menjadi seorang yang lebih baik di masa hadapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...