Tidak dinafikan, kini masyarakat kita lebih agresif dalam mempersoalkan sesuatu perkara yang agak sensitif tanpa memikirkan perasaan orang lain apatah lagi wujudnya media sosial yang menjadi ‘medan’ penuh dengan pelbagai persoalan serta kecaman.
Walaupun selebriti Linda Rafar sudah tidak begitu aktif dalam bidang seni, beliau masih juga mendapat perhatian ramai dan tidak terlepas dihujani dengan pertanyaan tentang zuriatnya yang kesemuanya lelaki.
Menerusi akaun Instagramnya, Linda akui memang ramai yang bertanya mengenai anak-anaknya itu, namun beliau tidak mempunyai jawapan untuk persoalan tersebut kerana ia adalah perancangan dan kurniaan daripada Allah SWT. Siapakah beliau untuk mempersoalkan rezeki yang sudah ditentukan buat dirinya.
Biasalah dalam masyarakat kita ada sahaja mereka yang terlalu bijak pandai mempersoalkan ketentuan takdir seseorang. Bersabarlah Linda.