Tidak Perlu Minta Izin, Masa Hidup Ayah Tidak Pernah Halang Saya Nyanyi Lagunya – Syafiq Farhain

Hiburan

Tidak Perlu Minta Izin, Masa Hidup Ayah Tidak Pernah Halang Saya Nyanyi Lagunya – Syafiq Farhain

Baru-baru ini, isteri kepada Allahyarham Saleem iaitu Julia Bachok  memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang dengan mudah membuat duit dengan menggunakan nama serta lagu arwah suaminya.

Advertisement

Malah, beliau juga meminta syarikat rakaman anak tirinya, Syafiq Farhain untuk meminta kebenaran daripadanya jika Syafiq ingin menyanyi lagu arwah bapanya.

Terbaru, Syafiq berkata, semasa hayat bapanya, Saleem tidak pernah menghalang beliau menyanyikan lagu-lagunya. Syafiq akan tetap menyanyikan lagu arwah sekiranya terdapat permintaan daripada pihak penganjur persembahan.

Apa masalahnya jika saya menyanyikan lagu arwah bapa? Orang panggil saya buat persembahan, dia nak dengar saya nyanyi. Semestinya mereka ada permintaan untuk lagu tertentu. Kalau mereka nak saya nyanyikan lagu arwah, saya akan nyanyi saja.

Dalam perkara ini tidak perlu nak minta izin pun. Kalau nak tahu, sebelum saya menandatangani kontrak menjadi penyanyi, arwah benarkan saya nyanyikan lagu dia. Saya ingat lagi dia cakap, lagi bagus saya nyanyi sebab orang boleh ingat lagunya. Kata-kata itu saya pegang sampai sekarang. Malah, setiap kali saya bertemu arwah dia tidak pernah pun larang saya daripada menyanyikan lagunya.

Dalam satu kenyataan lain, Julia menjelaskan beliau tidak menyalahkan Syafiq dan mungkin salah faham berlaku ketika isu berkenaan hangat diperkatakan.

Sumber Berita : Harian Metro & BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...