Isteri kepada Hafiz Hamidun, Joy Revfa ataupun nama sebenarnya Siti Arifah Amin meluahkan rasa terkilan menerusi satu status di akaun Facebooknya kerana menerima pelbagai komen dan kecaman daripada netizen. Mereka menganggap gaya Joy tidak sesuai dengan penampilan islamik suaminya itu.
Umum mengetahui Joy asalnya sudah pun berhijab, tetapi ada pula netizen yang mempertikaikan gaya beliau senyum dan mengatakan ia boleh menimbulkan nafus lelaki lain.
Menurut Joy, Hafiz tidak pernah memaksa beliau untuk berubah secara drastik. Malah, Joy juga enggan berubah secara terburu-buru kerana khuatir ia tidak akan berkekalan.
Benar apa yang dikatakan oleh Joy. Perubahan untuk ke arah yang lebih baik tidak harus dilakukan secara drastik hanya kerana kritikan orang lain. Berikanlan beliau sedikit masa agar nanti perubahan itu kekal sehingga akhir hayat.