June 5th, 2017

Pelakon Aiman Hakim Ridza berpendapat seseorang itu tidak perlu menjadi selebriti untuk melakukan amal jariah.

Semua orang seharusnya membuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan terutama sekali pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Saya rasa meringankan beban mereka yang dalam kesusahan merupakan satu tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh setiap manusia. Tidak kira selebriti atau tidak. Kita seharusnya membudayakan konsep rantaian kasih sesama manusia. Sebelum jadi selebriti pun saya sering terlibat dalam aktiviti kebajikan namun, tak perlu untuk saya tunjuk.

Bak kata Aiman, selebriti ataupun tidak kita semua harus mempunyai rasa tanggungjawab serta kasih sesama manusia bagi meringkan beban mereka yang memerlukan.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...