Tidak Perlu Iklan Lucah Dan Murahan Untuk Lariskan Produk Saya – Rozita Che Wan

Hiburan

Tidak Perlu Iklan Lucah Dan Murahan Untuk Lariskan Produk Saya – Rozita Che Wan

Kini seakan menjadi trend untuk mereka yang mempunyai produk kecantikan seperti jamu dan penjagaan dalaman wanita untuk melakukan iklan yang agak lucah dengan aksi terlampau demi melariskan produk mereka.

Malah, beberapa video juga menjadi viral dan mengundang pelbagai kritikan orang ramai.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Rozita Che Wan yang turut mempunyai produk jamu jus goyang rapat memberitahu, beliau tidak akan sesekali menampilkan iklan seksi dan murahan kerana ia hanya akan memperlihatkan produk keluarannya itu murah dan tidak mempunyai kualiti.

Saya tidak mahu produk saya nampak murahan jika melakukan promosi yang keterlaluan atau tampil dengan aksi-aksi kurang sopan seperti yang sering menjadi viral di laman sosial.

Secara tidak langsung orang akan nampak saya juga murah seperti produk itu. Bagaimanapun, ia terpulang kepada cara masing-masing.

Berbicara mengenai perniagaannya itu, Che Ta mendedahkan beliau mampu untuk meraih untung RM80,000 sehari apabila berniaga di bazar dan festival.

Saya masih berniaga melalui stokis-stokis yang dilantik dan melalui bazar-bazar yang kami sertai kerana keuntungannya lebih memberangsangkan.

Kalau di bazar biasanya sehari sahaja saya boleh dapat keuntungan bersih RM80,000. Malah selaluinya produk-produk yang kami jual tidak ada yang dibawa pulang.

Setiap kali bazar atau festival ini saya akan letak target berapa yang akan terjual dan saya akan bekerja keras untuk habiskan stok atau capai target itu.

Secara jujurnya iklan yang mempunyai aksi lucah menjatuhkan lagi maruah seorang wanita dan bangsa Melayu sendiri. Fikirkan lah idea pemasaran lain yang lebih bijak dan jangan memupuk minda dengan perkara yang lucah sahaja.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...