Tidak Perlu Hentikan Solat Jumaat, Cuma Pendekkan Khutbah Untuk Elakkan Penularan Wabak

COVID-19

Tidak Perlu Hentikan Solat Jumaat, Cuma Pendekkan Khutbah Untuk Elakkan Penularan Wabak

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberitahu buat masa ini penularan wabak COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal dan tidak perlu untuk menghentikan solat jumaat. Solat secara berjemaah itu masih lagi boleh diteruskan namun beberapa perubahan perlu dilakukan.

Antaranya ialah memendekkan khutbah solat jumaat bagi mengurangkan masa berkumpul. Selain itu, orang ramai digalakkan untuk mengambil air sembahyang terlebih dahulu di rumah sebelum bergerak ke masjid. Pihak masjid juga dinasihatkan untuk menyediakan ‘hand sanitizer’ dan topeng muka kepada jemaah yang hadir.

Advertisement

“Mereka yang ada simptom COVID-19 bagaimanapun tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.”

dr zulkifli

Sementara itu, sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal maka solat Jumaat boleh digantikan dengan solat Zuhur di rumah sahaja menurutnya. Isu mengenai solat Jumaat ketika negara dilanda wabak COVID-19 ini merupakan antara lima kertas kerja yang disediakan untuk dikemukakan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sebenarnya kami telah sediakan lima kertas kerja untuk dimasukkan dalam (persidangan) majlis fatwa, pertamanya masalah tentang solat Jumaat.

kenyataan media

Empat lagi perkara yang lain ialah masalah bersalaman, ketiga masalah kenduri kahwin, keempat masalah pengurusan jenazah dan kelima beberapa saranan lain yang telah dikemukakan. Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata Malaysia perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghentikan buat sementara solat berjemaah di masjid.

Artikel berkaitan: Iran Batalkan Solat Jumaat Untuk Cegah Jangkitan COVID-19

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...