Tidak Perlu Dipanggil Sebagai ‘Yang Mulia’ Lagi, Putera Harry Sedih Terpaksa Lepaskan Gelaran Diraja

Trending

Tidak Perlu Dipanggil Sebagai ‘Yang Mulia’ Lagi, Putera Harry Sedih Terpaksa Lepaskan Gelaran Diraja

Selepas mengejutkan ramai dengan keputusan ingin keluar dari istana, kini Ratu Elizabeth pula membuat kejutan dengan menarik gelaran diraja dimiliki Putera Harry dan Meghan Markle. Menurut Ratu Elizabeth, kini rakyat tidak perlu lagi memanggil mereka dengan panggilan ‘Yang Mulia’ (His Royal Highness dan Her Royal Highness).

Keputusan ini dilakukan selepas hasil perbincangan bersemuka yang diadakan pada minggu lalu yang turut dihadiri Putera Harry, ayahnya Putera Charles dan abangnya, Putera William. Perbincangan keluarga ini dibuat sejurus keputusan mengejut Putera Harry dan Meghan Markle yang mahu mengundur diri dari istana.

Advertisement

Baca: Ratu Elizabeth Adakan Perjumpaan Keluarga Hari Ini Untuk Bincangkan Nasib Putera Harry Dan Meghan Markle

Tiada pilihan lain

keluarga diraja UK

Di dalam satu majlis yang berlangsung semalam, Putera Harry meluahkan rasa sedihnya apabila semuanya berakhir dengan cara ini. Beliau dan Meghan berharap untuk terus berkhidmat untuk Ratu Elizabeth tanpa pembiayaan awam namun itu mustahil.

Menerusi ucapannya itu, beliau juga memberitahu mereka akan terus berkhidmat untuk United Kingdom dan pengunduran ini tidak bermakna mereka akan melarikan diri dari tanggungjawab yang perlu digalas.

United Kingdom adalah rumah saya, tempat yang saya sayang dan itu takkan sesekali berubah. Namun, tiada pilihan lain lagi selain daripada undurkan diri dari istana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Duke and Duchess of Sussex (@sussexroyal) on

Hasil perbincangan yang dilakukan bersama pihak istana, Putera Harry dan Meghan Markle tidak lagi memegang gelaran diraja dan segala tugasan diraja akan dilucutkan. Menurut sumber diraja juga,  Harry akan turut melepaskan tiga jawatan ketenteraan dan duta belia Komanwel.

Perlu bayar geran

putera harry dan meghan markle

Sementara itu, Putera Harry dan Meghan Markle dikehendaki membayar semula Geran Kedaulatan (Sovereign Grant), sebanyak RM10.8 juta. Geran tersebut merupakan wang yang diperoleh Ratu Elizabeth menerusi pembayaran cukai rakyat setiap tahun yang digunakan untuk mengubahsuai kediaman rasmi mereka di London, Frogmore Cottage.

Difahamkan juga, perbincangan dan rundingan telah dijalankan sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari jalan penyelesaian dan mencapai satu persefahaman bagi menyokong keputusan Putera Harry dan keluarga diraja.

Walaupun begitu, Ratu Elizabeth dalam kenyataannya itu turut bertitah bahawa dia menyokong keputusan yang dibuat oleh cucunya, Putera Harry dan Meghan Markle yang inginkan kehidupan yang lebih bebas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...