Sekarang ini nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq amat popular diperkatakan dikalangan netizen, bukan sahaja memiliki wajah yang tampan, beliau juga seorang yang sangat bijak dan masih lagi solo. Tidak dinafikan beliau mempunyai ramai peminat diluar sana.
Baru-baru ini, pemuda itu dijemput ke program hiburan MeleTOP dan sempat memuat naik foto “selfie” bersama Nabil dan Neelofa yang dikongsikan di akaun Twitternya. Walaubagaimanapun, kapsyen Syed Saddiq membuatkan ramai gadis tidak senang hati dan kecewa dengan kapsyen yang dipercayai ditujukan buat Neelofa.
Mereka seakan tidak merestui sekiranya Syed Saddiq berhasrat untuk menjadikan Neelofa sebagai suri hatinya. Sampai ada yang membangkang mana-mana pihak yang ingin mencipta hashtag untuk mereka berdua. Fuh!
Untuk pengetahuan anda, Syed Saddiq sangat mengkagumi Neelofa sebenarnya. Beliau menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang intelektual dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang baik sehingga mampu mengangkat nama Malaysia di mata dunia selain menjadi inspirasi buat ramai rakyat Malaysia.
Anonymous
May 21, 2018 at 11:42 am
masa lofa mgecara ari tu mcm kontrol2..minta puji ja stail..mentang2 la jemputan time tu syed..malu2 kucing muka c lofa..perasan..
eh buat keje kola sadiq!
May 21, 2018 at 10:53 am
undi suruh jadi pemimpin bukan jual muka dkt meletop. ko bukan artis kamonnn!! ko sebenarnya nk publisiti ke camna? nilah masalah pilih org muda! kesian org2 yg undi ko!