Tidak Perlu Berkepit Setiap Masa Dengan Heroin Di Set Untuk Dapatkan “Chemistry” – Zul Ariffin

Hiburan

Tidak Perlu Berkepit Setiap Masa Dengan Heroin Di Set Untuk Dapatkan “Chemistry” – Zul Ariffin

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kacak berbadan sasa, Zul Ariffin. Memang digilai ramai wanita diluar sana. Lakonan beliau agak bersahaja dan sering tampak sesuai dengan mana-mana sahaja pelakon wanita yang bergandingan dengan beliau.

Advertisement

Namun, Zul menegaskan beliau sebenarnya tidak pernah rapat mahupun “berkepit” dengan mana-mana heroin semata-mata mahu mendapatkan keserasian dalam lakonan. Malah, Zul juga tidak melakukan “rehearsal” sebelum menjalani penggambaran.

Kebiasaannya saya seorang pelakon yang senang hendak mencari chemistry dengan pelakon wanita. Cukuplah kami berjumpa ketika skrip reading dan berbual kosong beberapa kali selebihnya saya lebih suka chemistry itu dicipta ketika penggambaran.

Bagi saya tidak perlu untuk berkepit setiap masa di set untuk mendapatkan chemistry, malah saya lebih suka tidak rehearsal kerana mahukan ekspresi yang natural ketika dilakonan sebenar.

Kebiasaannya kalau hendak berlakon dengan pelakon wanita, pasti seseorang pelakon lelaki itu akan cuba mengenali dan rapat dengan heroinnya untuk dapatkan “chemistry”. Kadang-kadang sehingga timbul gosip cinta lokasi dek kerana terlalu rapat.

Mungkin cara Zul ini juga bagi mengelak sebarang kontroversi liar. Iyalah, apa yang paling utama adalah cara seseorang itu “menghidupkan” watak yang diberi.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...