Tidak Perlu Bercinta Di Lokasi Untuk Cipta Keserasian – Nabila Huda

Hiburan

Tidak Perlu Bercinta Di Lokasi Untuk Cipta Keserasian – Nabila Huda

Sejak kebelakangan ini, ada antara artis yang memberikan alasan bahawa perlu adanya cinta lokasi untuk mencipta keserasian dalam sesuatu projek drama mahupun filem. Walaubagaimanapun, aktres berbakat Nabila Huda yang mesra dengan panggilan Abil berpendapat, pelakon boleh membangkitkan keserasian hanya dengan mendalami watak serta skrip yang diberikan.

Advertisement

Sebelum berkahwin lagi, saya tidak pernah terjebak dalam cinta lokasi dengan mana-mana gandingan. Ini kerana saya menganggap bidang lakonan ini sebagai kerjaya dan tidak lebih daripada itu. Keserasian dapat dibangkitkan dengan menjiwai skrip yang diberi produksi. Jika tidak dapat keserasian, bererti penyelidikan yang dibuat terhadap watak belum mencukupi.

Pada pendapat saya, hubungan yang dibina di luar lokasi membangkitkan isu lain. Kebanyakan pelakon sekarang harus belajar dari pelakon lama yang lebih berpengalaman.

Abil mempunyai minat yang mendalam dalam bidang lakonan dan beliau tidak pernah ingin mengejar populariti. Apa yang penting, beliau mahu memberikan hasil kerja yang berkualiti agar mendapat hasil yang terbaik.

Sumber Berita : BH PLUS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...