Walaupun dikecam hebat gara-gara berpakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah baru-baru ini, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang berlaku dan berazam untuk menunaikan ibadah umrah setiap tahun.
Menurut Sajat, dia juga mempunyai impian untuk membawa lebih ramai lagi mengerjakan ibadah tersebut, terutama mereka yang banyak membantu perniagaannya. Mengungkapkan perasaannya, Sajat berkata dia sangat tenang berada di Tanah Suci.
Apa yang boleh saya cakap saya cukup tenang di sana. Memang saya sudah berniat dari tahun ke tahun untuk ke sana lagi.
Pada masa yang sama, Sajat turut berkongsi pengalamannya semasa berada disana. Dia meluahkan rasa syukur kerana dapat melakukan ibadah tanpa sebarang gangguan, walaupun berita tentangnya di Tanah Suci menjadi viral serta gambarnya yang ditangkap oleh seorang individu secara curi-curi telah tersebar luas di laman sosial sehingga tercetusnya kontroversi.
Saya tidak tahu mereka yang mengambil gambar saya itu, tidak fokus kepada ibadah ke, maafkan saya tetapi itu yang terdetik ketila melihat gambar-gambar saya. Apapun saya bersyukur dapat menunaikan ibadah walaupun ini kali pertama.
Kami harap isu identiti Sajat dapat diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab dengan segera. Tidak mahu nanti timbul lagi sebarang kontroversi dan mengundang fitnah. Kita juga doakan yang baik-baik buat Sajat semoga dia mendapat hidayah dan kembali ke fitrah asalnya.