Tidak Pandai Bersolek, Suami Pukul Isteri Dengan Helmet Sehingga Wajah Lebam Teruk

Trending

Tidak Pandai Bersolek, Suami Pukul Isteri Dengan Helmet Sehingga Wajah Lebam Teruk

Biasanya lelaki mahukan wanita yang cantik semulajadi, katanya kalau bersolek itu hanya kecantikan palsu dan tiada aura. Namun, berbeza pula dengan seorang lelaki ini.

Advertisement

Gara-gara isterinya tidak pandai bersolek, seorang lelaki Indonesia sanggup memukul isterinya sehingga cedera teruk.  Kejadian itu  berlaku di Kabupaten Pekalongan, Jawa Tengah dimana suspek berulang kali memukul si isteri sehingga wajahnya lebam teruk.

Bukan sahaja bertindak menusuk-nusuk kunci motosikal pada lutut mangsa berulang kali, suspek turut memukul muka mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan hidungnya berdarah serta menendang kening isterinya itu.


Selepas ditahan pihak polis susulan laporan daripada isterinya, suspek yang sudah ditangkap ketika soal siasat berkata beliau bertindak ganas kerana kecewa serta malu dengan isterinya yang tidak bersolek.

Suspek telah didakwa melakukan keganasan rumah tangga. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau dengan sehingga 15 juta rupiah (RM4,400).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...