Tidak Mesra Dengan Peminat : Sufi AF2015 Nafi Sudah Besar Kepala

Hiburan

Tidak Mesra Dengan Peminat : Sufi AF2015 Nafi Sudah Besar Kepala

Baru-baru ini kami ada dengar khabar angin yang mendakwa juara AF2015, Sufi Rashid sudah mula bersikap diva ataupun besar kepala kerana tidak begitu mesra dengan peminat beliau.

Advertisement

Namun, Sufi menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan mungkin beliau merasa tertekan serta penat dengan kerja sehinggakan ada yang salah faham dengan sikapnya.

Setiap orang ada sikap masing-masing. Kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta. Kadang-kadang apabila sibuk dengan kerja, saya akui sedikit tertekan. Apabila ada yang nampak saya dalam keadaan letih, ramai yang menganggap saya mempunyai masalah sikap.

Walaubagaimanapun, Sufi tetap ingin memohon maaf kepada peminat ataupun media sekiranya beliau pernah mengguris perasaan mereka sebelum ini.

Kepada peminat atau rakan media yang merasakan begitu, saya mohon anda doakan saya dan insya-Allah kita akan bertemu kalau ada rezeki. Jadi, mungkin selepas mengenali saya dengan lebih dekat, mereka akan tukar persepsi terhadap saya.

Bukan senang hendak menjaga hati semua orang apatah lagi jika anda seorang selebriti. Jadual yang padat kadang-kadang boleh membuatkan mereka letih dan terlepas pandang akan perkara lain.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...