Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tidak Merancang Untuk Kembali Bersama Dengan Bekas Isteri, Keith Foo Akui Selesa Hidup Solo

Keith Foo dan bekas isteri

Pelakon kacak, Keith Foo mengakui dirinya kini lebih selesa bergelar duda anak seorang buat ketika ini.

Keith Foo dan anakSumber : Instagram Keith Foo  

Malah, Keith yang mula terkenal selepas membintangi beberapa drama tempatan berkata dia tidak mempunyai sebaran perancangan untuk kembali hidup bersama dengan bekas isterinya.

Tambahnya lagi, mereka berdua kini selesa dengan keadaan sekarang dan menganggap perpisahan antara mereka adalah untuk sesuatu yang lebih baik.

Advertisement
Keith Foo dan bekas isteriSumber : Google  

“Kami dah sangat selesa dengan keadaan sekarang. Kita pun dah gembira, kenapa perlu ubah? Kami berpisah pun untuk sesuatu yang lebih baik. Kadang-kadang berpisah bukan untuk sesuatu yang negatif tetapi demi kebaikan. Lagipun fokus utama kami sekarang adalah melaksanakn tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak kami.”

Dia yang ditemui ketika majlis perasmian produk kesihatan di ibu kota itu turut menjelaskan bahawa dia juga tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti lain buat masa sekarang.

Namun begitu, hatinya masih terbuka untuk menerima kehadiran orang baru namun tidak mencari dan mendakwa tiada pula wanita yang ingin mengenali dirinya.

Keith FooSumber : Instagram Keith Foo  

Dalam pada itu, Keith turut tidak menghalang jika bekas isterinya itu sudah menemui lelaki lain malah akan turut tumpang gembira jika itu takdirnya.

Mengimbas kembali, Keith dan bekas isterinya, Kim Raymond telah berpisah pada Disember 2019 yang lalu setelah empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Skylar Raymond Foo yang kini berusia tiga tahun.

SUMBER : Gempak.Com
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top