Tidak Mengaku Anak Kandung, Wanita Minta Bekas Suami Jalani Ujian DNA

Trending

Tidak Mengaku Anak Kandung, Wanita Minta Bekas Suami Jalani Ujian DNA

Sebelum ini, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter apabila bekas suaminya memuat naik gambar mesra dengan seorang gadis, sedangkan langsung tidak melawat anaknya yang sedang sakit.


Wanita itu memuat naik gambar Insta Story suaminya bermesra di dalam kereta dengan seorang gadis yang masih bersekolah. Bekas suaminya dikatakan langsung tidak bertanya khabar atau datang melawat anak itu yang masih bayi walaupun mengetahui keadaan kesihatan anak itu.

Advertisement

“Bayi itu bukan anak saya”

Bagaimanapun, melalui laporan mStar Online, lelaki itu mempertahankan dirinya dengan mendakwa bayi itu bukan anaknya.

Saya tak faham dan berasa terkilan bila bekas isteri saya viralkan saya begini. Bila saya tanya apa motif dia cakap saja-saja untuk puaskan hati. Seolah-olah dia tidak menghargai langsung apa yang saya pernah lakukan untuk dia selama ni.

Sebenarnya bayi itu bukan anak saya. Kalau nak ikutkan perintah mahkamah, tidak wajib saya beri nafkah kepada anak itu sebab dia bukan anak kandung saya. Sekali pun saya nak beri (nafkah) ia umpama hadiah kerana anak itu tiada kena mengena dengan saya.

Hanya ‘Pak Sanggup’

Sejujurnya perkahwinan kami tidak direstui keluarga. Saya berkahwin dengannya ketika kandungannya berusia empat bulan.

Sebab itu ibu saya tak boleh terima saya jadi ‘pak sanggup’. Yang pasti, kami bercerai bukan disebabkan wanita dalam gambar itu dan saya tidak pernah ada perempuan lain sepanjang bergelar suaminya.

Teman wanita bakal duduki SPM

Netizen yang tidak tahu apa masalah kami, tak sepatutnya mencampuri urusan ini lebih-lebih lagi menghina saya kerana ia tidak adil untuk saya dan wanita itu.

Lebih-lebih lagi dia bakal menduduki peperiksaan SPM. Bila dah viral begini, saya kasihan kerana dia turut terpalit dalam masalah ini.

Guru-guru dan rakan di sekolah juga menuduh dia merampas suami orang.

Saya harap dia tidak ganggu kehidupan saya selepas ini.

Hak saya untuk menentukan dengan siapa saya nak berpasangan atau kahwin.

Walau bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh @noriasma yang mencabar bekas suaminya menjalani ujian DNA.

“Buat DNA Test kalau berani”

“Anak itu dari sperma dia”

Tidak pernah halang bekas suami jumpa anak

Nama bapa ‘Abdul Syahid’ kerana anak tak sah taraf

Noriasma juga menjelaskan nama bapa dalam sijil kelahiran anaknya ditulis ‘Abdul Syahid’ kerana anak itu tidak sah taraf, tetapi anak itu ialah dari benih bekas suaminya.

Kalau benar dakwaan Noriasma bermakna anak itu masih anak biologikal bekas suaminya. Jika benar bukan bapa biologikal anak itu, saudara patut tiada masalah jalani ujian DNA, bukan? Kata pepatah, berani kerana benar. – amazingnara.com

Sumber: @noriasma_

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...