May 7th, 2020

Sekadar suka-suka berkongsi cara menyediakan biskut Arab di laman Instagramnya, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen kini sedang sibuk di dapur memenuhi tempahan peminat dan pengikutnya.

Uqasha Senrose

Tambah Uqasha, beliau yang baru sahaja pulih daripada demam teruk sebelum ini seakan tidak menang tangan kendalikan perniagaannya.

Dalam pada itu, tempahan yang diterima juga seakan memaksa dirinya menyiapkan antara 100 hingga 200 balang biskut, namun langsung tidak mengeluh kerana itu merupakan rezeki buat dirinya.

“Mereka belum pernah merasa biskut itu tetapi yakin mahu membeli. Tidak terfikir langsung atau berniat hendak menjual… Tiba-tiba saya jadi penjual biskut raya,” katanya kepada BH Online.

Uqasha Senrose

Menurut Uqasha, penghasilan biskut Arab yang diberi nama Something Sweet by The Four Sisters menggunakan resepi turun temurun nenek moyangnya.

Biarpun pada mulanya agak berat untuk dirinya menerima tempahan biskut berkenaan kerana kos menghasilkannya bukanlah murah namun memutuskan untuk menjualnya tetapi dengan stok yang terhad.

Malah turut menzahirkan rasa syukur kerana ada dalam kalangan peminatnya yang mahu terus membeli secara pukal tanpa memikirkan soal harga dan bayaran yang telah ditetapkan..

“Saya putuskan menjualnya dengan stok terhad. Tak sangka ramai mahu terus membeli, bukan sebalang, malah enam hingga tujuh balang seorang,” katanya.

Meskipun ada peminatnya yang masih berkeras mahu membeli biskutnya tanpa mengira harga, pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu terpaksa menolak permintaan dari Sabah, Sarawak, Singapura dan juga Brunei.

Malah, dirinya juga seakan beruntung kerana mempunyai keluarga yang tidak lekang membantunya menyiapkan tempahan biskut tersebut.


One response to “Tidak Menang Tangan Penuhi Permintaan Peminat, Uqasha Senrose Jual Biskut Raya”

  1. Meskipun ada peminatnya yang masih berkeras mahu membeli biskutnya tanpa mengira harga, pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu terpaksa menolak permintaan dari Sabah, Sarawak, Singapura dan juga Brunei.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...