Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tidak Mahu Terus Dihimpit Kontroversi : Ruhainies Tarik Diri Daripada Projek Dato Red

Sebelum ini, Ruhainies ada memberitahu bahawa beliau akan tetap mengekalkan hubungan baik bersama Dato Red dan akan bersikap profesional untuk bekerjasama dengan usahawan berkenaan.

Advertisement

Namun, setelah berfikir  sedalam-dalamnya, Ruhainies membuat keputusan untuk menarik diri daripada berlakon didalam filem pendek bersama Dato Red kerana ingin menjaga hati isteri-isterinya selain tidak mahu terlibat dalam kontroversi sekali lagi.

Pertemuan kami untuk membincangkan projek filem pendek seperti iklan raya membabitkan saya dan dia baru-baru ini.

Sebelum berlakunya lebih banyak masalah, lebih baik saya batalkan dan menarik diri. Saya tidak mahu terus dihimpit kontroversi lain. Seboleh-bolehnya saya mahu bekerja dalam suasana tenang dan selesa.

Ruhainies akui, kontroversi Dato Red merangkul pinggangnya membuatkan beliau merasa malu dan tertekan kerana sering dipersalahkan oleh masyarakat.

Advertisement

Sesiapa pun yang berada di tempat saya pasti berasa malu dan geram apabila diejek mengenai sesuatu yang tidak betul. Namun saya menganggap tindakan mereka itu sekadar usikan manja kerana sudah mengetahui perkara sebenar.

Bila ada kontroversi pasti masyarakat akan berbicara mengenainya seketika, lama-lama nanti senyaplah mereka yang mengkritik Ruhainies itu. Walaubagaimanapun, ia adalah langkah yang tepat untuk Ruhainies menarik diri daripada projek bersama Dato Red agar tiada lagi isu yang berbangkit selepas ini.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top