Tidak Mahu Peminat Meluat : Shukri Yahaya Ingin Jaga Privasi Selepas Berkahwin

Hiburan

Tidak Mahu Peminat Meluat : Shukri Yahaya Ingin Jaga Privasi Selepas Berkahwin

Shukri Yahaya minggu lepas telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Tya Adnan, boleh kata ramai juga peminat wanita di luar sana yang gigit jari selepas aktor kacak ini mendirikan rumah tangga. Walaubagaimanapun, mereka tetap mendoakan yang terbaik buat Shukri dan isterinya.

Advertisement

Buat Shukri pula, beliau merasa syukur kerana segalanya perancangan bagi majlis perkahwinan beliau berjalan dengan lancar. Malah, beliau juga nampaknya sudah sedia seratus peratus untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ingin mempelajari lagi cara untuk menjaga rumah tangganya.

Selepas segalanya selesai dan saya sudah sah bergelar suami kepada Tya, perasaan gembira dan bersyukur pula datang bertandang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Tanggungjawab saya semakin berat. Dulu, saya hanya menumpukan perhatian kepada ibu dan ayah. Kini, segalanya sudah berubah. Saya sudah bergelar suami dan perlu belajar untuk lebih bertanggungjawab dalam perihal menjaga rumah tangga dan juga isteri.

Berbicara mengenai stigma masyarakat dimana populariti seseorang artis itu akan jatuh selepas berkahwin, Shukri menjelaskan beliau ingin mengubah presepsi tersebut dengan tidak terlalu mendedahkan kehidupan beliau selepas kahwin terlalu kerap di media sosial agar tiada yang merasa meluat.

Kalau boleh, saya dan isteri tidak mahu terlalu terbuka dengan berkongsi kehidupan kami di laman sosial. Kami tidak mahu orang meluat dengan kelakuan kami.

Sewaktu masih belum berkahwin orang boleh mengata macam-macam. Apatah lagi apabila sudah bergelar pasangan yang sah. Orang akan terus bercakap mengenai kita.

Peminat  akan  meluat kalau seseorang artis itu mendedahkan perkara tidak sepatutnya di Instagram, contohnya bergambar bersama di atas katil. Iyalah, meskipun sudah halal ia juga mengundang kritikan ramai bukan?

Sumber Berita: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...