Tidak Mahu Pegang Botol Alkohol, Pekerja 7 Eleven Dimarahi Pelanggan

Trending

Tidak Mahu Pegang Botol Alkohol, Pekerja 7 Eleven Dimarahi Pelanggan

Satu video tentang seorang lelaki bengang dengan tidakan seorang pekerja di kedai serbaneka 7 eleven tular di media sosial.

Pekerja wanita itu enggan mengimbas bir yang dibeli oleh pelanggan lelaki tersebut mencetuskan kemarahan dan dia bertindak merakam situasi itu.

Advertisement

Lelaki itu tidak puas hati dengan tindakan pekerja wanita tersebut yang mengatakan bir haram untuk dipegang kerana pada ketika itu dia sedang dalam keadaan berwuduk.

Seorang lagi pekerja di situ cuba menenangkan situasi dan menerangkan cerita sebenar kepada pelanggan tersebut tetapi dia masih tidak faham dengan keadaan tersebut.

Tidak dapat dipastikan cara pekerja wanita itu bercakap dengan pelanggan itu tetapi di dalam video itu lelaki tersebut masih tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja itu yang tidak mahu scan bir tersebut.

“Berapa banyak 7 eleven saya pergi kat Malaysia, tak penah dengar orang cakap macam ni”

Insiden berkenaan berakhir apabila rakan sekerjanya memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan berkenaan.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, ada yang menganggap pekerja itu patut scan sahaja bir tersebut ada juga yang mengecam pelanggan tersebut kerana merakam video situasi berkenaan.

Jadi apa pula pendapat anda tentang video ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...