Pantai di Majorca, Ibiza, Tenerife di Sepanyol cukup terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik dan keindahannya telah menjadikan negara itu menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Sejak Covid-19 melanda dunia, ia turut menjejaskan industri pelancongan negara itu. Baru-baru ini, pihak berkuasa Sepanyol telah memperketatkan undang-undang berhubung penggunaan pelitup muka di pantai.
Menurut laporan The Independent, pelancong yang berada di kawasan pantai wajib memakai pelitup muka termasuk ketika mereka sedang berjemur di tepian pantai.
Jika seseorang menjaga jarak minimum 1.5 meter daripada orang lain, mereka dibenarkan membuka pelitup muka tersebut.
Menurut wakil industri pelancongan Sepanyol, Jose Luis Zoreda memaklumkan keputusan itu adalah penting untuk memastikan sektor perniagaan kembali pulih daripada wabak Covid-19.
“Ribuan pekerja dan perniagaan terancam ketika ini… Tidak mengapa kalau mereka mahu bersantai tetapi ikut peraturan kerana kami tidak mahu pantai yang indah ini bertukar menjadi kubur terbuka”.
Ujarnya dalam satu kenyataan.