Mengakui terkejut dengan kenyataan teman lelakinya itu, Uqasha bagaimanapun merasa terharu dengan pengakuan yang dibuat oleh Syafiq kerana  selama mengenali kekasihnya itu, Sayfiq disifatkan sebagai seorang yang tidak suka mendedahkan perihal peribadi pada umum.
Apa yang saya kenal dia, dia memang susah nak berkongsi tentang hal peribadi sebab itu saya terkejut apabila dia buat kenyataan begitu. Kami pun sudah lama tidak berjumpa dan meluang masa bersama sebab masing-masing sibuk dengan penggambaran tetapi bila ada masa, kami akan berhubung.
Zaman sekarang ada macam-macam cara dan teknologi untuk kita berhubung. Saya terbaca kenyataannya itu di Twitter. Masa saya baca tu, saya hanya tersenyum saja dan terharu. Kalau dia dah mengaku macam tu, saya rasa tak perlu saya nak komen apa-apa.
Uqasha memberitahu sebenarnya beliau bukan sengaja mahu menyembunyikan status hubungan beliau bersama Syafiq tetapi beliau ingin menjaga adab dan keperibadian sebagai seorang wanita dimana ia tampak tidak manis jika beliau menjaja kisah mereka secara keterlaluan dan dituduh gatal.
Saya tak suka kongsi kehidupan peribadi baik di laman sosial Instagram ataupun secara terbuka. Kalau di Instagram saya, saya lebih suka berkongsi perkembangan kerjaya. Sebagai perempuan, tak manis pula kalau kita yang bercerita, nanti nampak macam kita lebih-lebih pula. Tak mahu nanti orang nampak macam kita yang gatal. Jadi, saya kena jaga maruah saya.
Kadang-kadang kalau kita terlalu mendedahkan soal peribadi terutama sekali kisah percintaan ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan kontroversi. Nanti bila tak menjadi ramailah yang mengeluarkan kata-kata cacian yang membuatkan empunya diri malu.
Sumber Berita: Malaysian Digest