Sejak kebelakangan ini, kecoh juga dengan isu artis –artis yang mempromosikan sesuatu produk tanpa mengira kesan kepada pengguna. Netizen mendakwa golongan ini sudah gelap mata dengan tawaran wang ringgit yang tinggi untuk menjadi duta ataupun sekadar memuat naik promosi di media sosial.
Namun, tidak semua artis begitu. Ada yang masih mempunyai prinsip tersendiri seperti Sharifah Amani.
Menerusi akaun Twitternya, pelakon yang sentiasa kelihatan awet muda itu mendedahkan beliau pernah menolak tawaran bernilai RM 1 juta untuk menjadi duta produk pemutih kulit kerana tidak mahu menipu orang ramai tentang keberkesanan produk tersebut.
Terima kasih juga kepada ibunya, Fatimah Abu Bakar yang turut menasihati anaknya untuk menolak sahaja tawaran lumayan itu kerana produk berkenaan mengandungi bahan kimia yang membahayakan pengguna.
Buat Sharifah Amani, duit bukanlah segala-galanya tetapi kehormatan diri. Rezeki itu ada dimana-mana. Tweet itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji pendirian beliau.
Artis mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Apa yang mereka buat ataupun katakan pasti akan menjadi ikutan ramai,gunakanlah pengaruh itu untuk sesuatu perkara yang baik dan bukan sebaliknya. Apa pendapat anda?