Tidak Mahu Memilih Kerja, Gadis Ini Akui Seronok Menjadi ‘Rider’ Penghantar Makanan

Kehidupan

Tidak Mahu Memilih Kerja, Gadis Ini Akui Seronok Menjadi ‘Rider’ Penghantar Makanan

Seperti yang kita semua tahu, pekerjaan sebagai seorang penghantar makanan atau ‘rider’ ini kebiasaannya didominasi oleh kaum lelaki. Pada masa ini, khidmat penghantar makanan semakin mendapat sambutan ramai lagi-lagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa semenjak 18 Mac lalu.

Disebalik kesukaran bekerja sebagai seorang ‘rider’, gadis berusia 20 tahun ini memilih untuk berkhidmat sebagai penghantar makanan bagi mencari rezeki. Walaupun tahu kerjaya ini didominasi oleh kaum lelaki, namun itu semua tidak mematahkan semangatnya.

Advertisement

gadis foodpanda

Farah Nur Syifa Abdullah atau mesra dipanggil Fafa ini mengakui kebanyakan pelanggannya terkejut apabila melihat seorang wanita yang menghantar pesanan. Tetapi itu tidak bermakna terdapat layanan berbeza yang diberikan kepadanya.

“Walaupun saya perempuan, layanan dan cara kerja tetap sama seperti penghantar makanan lain. Saya perlu menghantar makanan kepada pelanggan dengan cepat, tidak kira cuaca panas terik atau hujan.”

Malah dia juga pernah dimarahi oleh pelanggan kerana lambat menghantar makanan disebabkan pesanan yang terlalu banyak. Graduan GiatMara Taiping dalam Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan ini memilih kerjaya ini kerana minatnya pada motosikal sejak sekolah dan mempunyai lesen motosikal pada usia 17 tahun.

gadis foodpanda

Dia juga sering mengikuti konvoi kapcai bersama kumpulan LC Super Spirit dan kali terakhir mengikuti kembara itu pada 5 Januari lalu. Sejak mempunyai lesen motosikal, dia menjadikan kenderaan dua roda itu sebagai pengangkutan utama bagi memudahkan pergerakannya.

Pada mulanya, ibu bapanya bimbang dengan keselamatannya sebagai penghantar makanan, tetapi dia membuktikan boleh menjaga diri dan sentiasa mengambil langkah keselamatan semasa menunggang.

Menurutnya, pendapatan menerusi sebagai ‘rider’ ini agak lumayan memandangkan permintaan tinggi sepanjang PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dia juga berpendapat remaja tidak boleh memilih pekerjaan dan sebagai kaum wanita perlu berani meneroka pelbagai bidang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...