May 5th, 2020

Melihat kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah memasuki minggu keempat, ramai dari kalangan kita seakan mengeluh dan tampil menyuarakan pandangan berkenaan pelbagai masalah termasuklah isu rambut panjang dan tidak terurus.

izzue islam

Namun, bagi menangani rantaian wabak COVID-19 ini, pengusaha kedai gunting rambut dan salon kecantikan tetap akur menutup perniagaan mereka.

Meskipun mendapat riaksi kurang senang daripada pelbagai pihak, larangan itu langsung tidak memberi kesan kepada selebriti tempatan Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam bin Mazlan kerana beliau dilihat sangat profesional mengendalikan potongan rambutnya sendiri.

Perkongsian yang dimuat naik di laman instagram miliknya mendapat perhatian umum apabila beliau dilihat seolah mengajar peminat-peminat melakukan potongan secara sendiri di rumah sepanjang tempoh PKP ini.

View this post on Instagram

Hah, masa PKP ni mesti korang punya rambut pun dah panjang kan! Sekarang Izzue nak ajar mcm mane nak gunting rambut sendiri! Handsome hairtrim bersama Head & Shoulders! Lepas cuci rambut dengan Head & Shoulders Ultramen, fresh sangat ni!!! Mari kita semua handsome hairtrim! Dapatkan Shampoo ni kat Guardian : https://bit.ly/35ou8we hari ni! #headandshouldersmy #ultramen #hairsometrim #sp

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam) on

“Aku potong rambut sendiri weh! Hah, masa PKP ni mesti korang punya rambut pun dah panjang kan.

izzue islam

Melihat telatah pelakon drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap itu memotong rambutnya sendiri membuatkan warganet berasa teruja, malah menjengah ke ruangan komen, ada juga dalam kalangan pengikutnya turut memuji selebriti tersebut kerana masih mampu mengekalkan gaya penampilannya yang kacak dan segak sepanjang masa.


Comments are closed.

Loading...