Susulan kenyataan penuh pedas Waheeda baru-baru ini tentang kesukaran untuk menunaikan solat sepanjang masanya berkecimpung di dalam dunia hiburan, Waheeda tampil untuk memberikan penjelasan di dalam Berita Harian dengan lebih lanjut tentang isu tersebut agar tidak disalah ertikan.
Sedikit kata-kata Waheeda untuk tatapan anda semua:-
Saya sememangnya buat keputusan berhenti terus dari dunia hiburan, iaitu meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon. Jika mahu diikutkan, banyak sebab mempengaruhi tindakan saya ini dan salah satunya berasakan dunia hiburan tidak menghormati Allah. Banyak cabaran sudah saya lalui, dan ia adalah pertarungan untuk kekal dalam dunia hiburan, di mana antara pilihan untuk memegang agama atau tidak. Saya pilih mengikut jalan Allah. Kita tidak boleh memilih bergembira dan bersolat pada masa sama, seolah-olah tidak menghormati Allah. Kalau benar beriman dan beragama Islam, kita lakukan apa yang dituntut. Saya pernah berkejar-kejar untuk bersolat ketika menjalani satu penggambaran. Apabila meminta untuk berhenti bersolat, pengarah sering melengahkan keadaan. Itu membuatkan saya ingin menangis apabila lihat tiada siapa yang peduli. Saya lihat tak ramai mengambil berat mengenai soal agama dalam dunia hiburan ini
Waheeda menegaskan dia tidak bersetuju melihat pergaulan tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, terutama dalam dunia lakonan. Namun, dia tidak mengatakan semua yang terbabit dalam dunia hiburan adalah golongan mungkar.
Apa pun semoga Waheeda terus maju dan bersemangat terutama dalam menjadi tunjang kepada karier suaminya, Akhil Hayy.