Tidak Mahu Amalan Mengaji Dilupakan, Sekumpulan Anak Muda Ubah Suai Bas Lama Jadi Pusat Pengajian Al-Quran Di Rembau

Kehidupan

Tidak Mahu Amalan Mengaji Dilupakan, Sekumpulan Anak Muda Ubah Suai Bas Lama Jadi Pusat Pengajian Al-Quran Di Rembau

Semakin berjalannya waktu, lebih banyak inisiatif yang dilakukan oleh umat Islam dalam memupuk semangat untuk memastikan pembacaan Al-Quran tidak dilupakan terutamanya dalam kalangan anak muda.

 Ubah suai bas lama menjadi pusat mengaji

Oleh itu, muncul sekumpulan anak muda berusia awal 20-an yang berinisiatif untuk mengubah suai sebuah bas lama untuk menjadi pusat pengajian al-Quran di Taman Seri Rembau, Negeri Sembilan.

Advertisement

Bagi meneruskan operasi pusat pengajian tersebut, pemuda-pemuda yang digelar ‘Rembau Awesome’ ini dikatakan telah menggadaikan harta mereka bagi merealisasikan idea ubah suai bas lama tersebut.

bas

Kos yang perlu ditanggung

Menurut sumber, ketua kumpulan Rembau Awesome iaitu Muhammad Allif Ibrahim berkata antara cabaran yang mereka hadapi adalah kos operasi termasuklah kos membayar elaun kepada enam tenaga pelajar. Menurutnya, kos berkenaan memakan dana hampir RM6,000.

Namun begitu, anak muda ini tetap menyatakan rasa syukur apabila dapat menerima bantuan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kerajaan negeri dan bayaran yuran minimum daripada pelajar berkemampuan bagi menampung kos tersebut.

Tapi alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai, bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan negeri serta bayaran yuran yang minimum daripada sebahagian pelajar yang berkemampuan, kami mampu bertahan sehingga kini.

 

Ini kerana sebahagian pelajar adalah anak asnaf, anak yatim dan miskin. Jadi, kami akan cari ikhtiar walau terpaksa bergolok bergadai dengan menjual harta yang ada.

bas

Kata Alif, meskipun dana diterima belum cukup setakat ini, mereka akan terus berusaha mencari jalan penyelesaian bagi memastikan operasi tersebut terus berjalan dan mendapat sambutan agar dapat mengajar lebih ramai pelajar dalam membaca al-Quran.

makanan manis
11 months ago

Trend Makanan Viral Terlalu Manis, Doktor Risau Makin Ramai Anak Muda Sakit Kronik - "Umur 20 Tahun Diabetes Tahap 2"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...