Boleh dikatakan setiap hari nama Nur Sajat dikritik dan dikecam apatah lagi kes pengesahan jantina beliau yang dalam siasatan pihak JAKIM belum selesai. Aksi mesra beliau bersama kekasih hati Coach Yin juga antara topik hangat yang sering menjadi perdebatan di media sosial.
Sebagai manusia biasa, Sajat juga mempunyai hati dan perasaan. Pastinya ada yang tertanya bagaimana beliau boleh terus tampil tersenyum dan bersabar dengan walaupun sering dilemparkan dengan kata-kata negatif.
Berikut antara tips yang dikongsikan Sajat untuk terus “kebal” dan bahagia meskipun menjadi mangsa kecaman netizen :-
- Jangan tertekan dan terus membaca komen netizen kerana tidak semua orang berpuas hati dengan apa yang kita lakukan terutamanya bab kerjaya, penampilan dan kebahagiaan.
- Jangan terlalu ambil serius dengan setiap kata-kata netizen. Apa yang penting hanya kita dan ahli keluarga mengenali diri kita yang sebenar.
- Perlu bijak menapis kata-kata atau nasihat daripada siapa. Jika dibandingkan dengan ahli keluarga dan orang luar lebih baik utamakan orang yang selalu support dan beri semangat pada kita terlebih dahulu.
- Jangan lupa untuk beristigfar, selawat dan dekatkan diri pada Sang Pencipta walaupun betapa modennya diri kita.