Tidak Layak Terima Baki BPN, Norlia Ghani Terkejut

Hiburan

Tidak Layak Terima Baki BPN, Norlia Ghani Terkejut

Tidak layak mendapat bayaran baki Bantuan Prihatin Nasional (BPN), pelakon veteran Norlia Ghani difahamkan terkejut kerana pembayaran fasa pertama sudah diterima pada awal April lalu.

norlia ghani

Advertisement

Lebih musykil, menurut pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), beliau disahkan gagal menerima bayaran baki tersebut kerana namanya telah berdaftar pada sebuah syarikat.

Dia menyatakan yang dia telahpun menerima pembayaran awal BPN pada April lalu dan sepatutnya akan menerima baki selebihnya seperti yang dijanjikan. Tetapi apabila diperiksa semula dia terkejut kera dikatakan tidak layak.

“Jadi, saya dan anak pergi la LHDN untuk bertanyakan perkara itu dan terkejut bila diberitahu yang saya tak layak sebab ada syarikat. Pihak LHDN cakap mungkin ada orang guna nama saya atau tanda tangan untuk mana-mana syarikat.”

Menurutnya sepanjang yang diketahuinya dia tidak pernah membuka sebarang syarikat, tetapi mungkin dia telah bersikap cuai dan secara tidak sengaja memberikan tandatangan pada kenalan untuk proses membuka syarikat.

norlia ghani

Meskipun akui yang dirinya tidak terlalu meletakkan harapan untuk mendapatkan bantuan tersebut kerana tahu ramai lagi yang sama nasib sepertinya, namun Norlia tetap berharap agar wabak COVID-19 berakhir dengan segera supaya mampu bekerja semula.

Norlia pasrah sekiranya dia tidak mendapat bantuan tersebut. Dia ke LHDN hanyalah bagi memastikan sebab mengapa secara tiba-tiba dia tidak layak untuk bantuan itu. Dia berharap agar wabak COVID-19 ini segera berakhir.

“Bila wabak ini berakhir, saya dapat kerja semula walaupun tak ada banyak penggambaran. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat mencari rezeki sendiri.” 

Sumber: mStar

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...