September 27th, 2019

Nampaknya ramai juga yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemenang pada malam ABPBH 32 lalu.  Banyak juga keputusan yang agak mengejutkan, langsung tidak menepati ramalan berdasarkan populariti dan hasil kerja artis.

siti nordiana pengacara tv popular

Antara yang hangat diperkatakan adalah kemenangan Siti Nordiana yang dinobatkan sebagai Pengacara TV Popular. Rata-rata netizen membandingkannya dengan selebriti Alif Satar yang dirasakan lebih layak menerima anugerah tersebut.

Bagaimanapun, Siti Nordiana sendiri tidak menyangka dia boleh memenangi kategori tersebut, terasa kerdil dengan bakat mengacara yang dimilikinya berbanding dengan Alif.

netizen bantah kemenangan siti nordianasiti nordiana pengacara tv popularnetizen tidak puas hati siti nordiana menangsiti nordiana alif satar

Sebenarnya, saya tidak menjangka akan memenangi kategori pengacara popular ini. Kalau dibandingkan dengan pengacara-pengacara lain saya mengaku saya terasa kerdil.

Saya antara yang paling kurang dapat job mengacara dalam mana-mana program sekalipun. Saya anggap peminat suka saya jadi pengacara. Jadi, ini adalah peluang untuk saya perbaiki mutu pengacaraan saya. Populariti ini tiada kena mengena dengan gosip cinta seperti yang diperkatakan ramai.

siti nordianaSudah tertulis rezeki Siti Nordiana untuk menang, lagipun ianya berdasarkan undian peminat. Kenapa hendak pertikaikan kalau peminat sendiri tidak undi Alif?

Sumber Berita : mStar Online


18 responses to “Tidak Layak Menang, Alif Satar Hos Paling ‘Best’- Netizen Bantah Kemenangan Siti Nordiana”

  1. makcik bawang says:

    Siti Nurdiana tak layak dicalonkan dalam katogeri Pengacara Popular pun.. sape le yang cerdik sangat calonkan dia..hhmmm

  2. Anonymous says:

    Salah. Sebenarnya dia melabur utk undian.

  3. Dulu tak suka alif satar sekarang kagum says:

    Alif satar memang berbakat. Peminat dia pun kalau tengok banyak dari background yang educated. Orang educated xde masa nak buang masa mengundi bende x berfaedah. Suatu hari nanti, Alif pasti diiktiraf secara profesional kerana bakatnya. Dont worry.

  4. Maria Kari says:

    bodoh la netizen ni.. ni kang ANUGERAH POPULAR bukan ANUGERAH TERBAIK.. kalau ikut pada populariti mmg sah2 la Nana menang.. IG dia ja pun da 3.4juta followers… aliff plak 2.5 juta.. so nampak disitu.. yg ckp x bole brain tu yg korg bodoh x p undi kenapa??? bengong.. x perlu cerdik utk fahamkan beza popular dgn terbaik. level bodoh mcm zarina anjoulie pun tau beza popular dan terbaik… YG NETIZEN PATUT CANNOT BRAIN TU PATUTNYA HANEESYA TU.. UNDI DIRI SENDIRI KE???? tgk video terima award dia kt utube dislike lg banyk dr like…. btw.. da sendu da BN ni kan… hahahaha dulu kemain lg kalau nak post komen kena tapis bagai sebelum appear… now xde lg… mmg kaw2 nak org komen lettew… hahahaha

  5. Bbycumil says:

    Aku cadangkan korang diam dan redha je dgn keputusan abpbh..well ape yg korang expect? Award based on undian peminat je pun..x brrnilai pun..kalau asad muntah tercalon dlm kategori penyanyi popular pun blh menang la klo fan dia rajin mengundi..udah2 le tu yop..

Loading...