Nampaknya ramai juga yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemenang pada malam ABPBH 32 lalu. Banyak juga keputusan yang agak mengejutkan, langsung tidak menepati ramalan berdasarkan populariti dan hasil kerja artis.
Antara yang hangat diperkatakan adalah kemenangan Siti Nordiana yang dinobatkan sebagai Pengacara TV Popular. Rata-rata netizen membandingkannya dengan selebriti Alif Satar yang dirasakan lebih layak menerima anugerah tersebut.
Bagaimanapun, Siti Nordiana sendiri tidak menyangka dia boleh memenangi kategori tersebut, terasa kerdil dengan bakat mengacara yang dimilikinya berbanding dengan Alif.
Sebenarnya, saya tidak menjangka akan memenangi kategori pengacara popular ini. Kalau dibandingkan dengan pengacara-pengacara lain saya mengaku saya terasa kerdil.
Saya antara yang paling kurang dapat job mengacara dalam mana-mana program sekalipun. Saya anggap peminat suka saya jadi pengacara. Jadi, ini adalah peluang untuk saya perbaiki mutu pengacaraan saya. Populariti ini tiada kena mengena dengan gosip cinta seperti yang diperkatakan ramai.
Sudah tertulis rezeki Siti Nordiana untuk menang, lagipun ianya berdasarkan undian peminat. Kenapa hendak pertikaikan kalau peminat sendiri tidak undi Alif?