Pengacara sensasi masa kini, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah mengumumkan bahawa dia tidak akan lagi mengacara program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) untuk episod yang akan datang.
Pastinya ketiadaan Diva AA akan dirindui kerana keletah dan gelagat pengacara yang sinonim dengan ayat ‘see my level’ itu sering saja menghiburkan penonton di rumah.
Kembalinya Diva AA di samping rakan pengacara Elly Mazlein nampaknya telah mengubat kerinduan peminat dan sementelah kemunculannya itu, rata-rata netizen telah memberikan komen yang positif.
Malah, ada di antara mereka yang inginkan Azwan Ali terus kekal mengacarakan program tersebut yang ke udara pada setiap malam Ahad jam 9 malam itu menerusi saluran TV3.
View this post on InstagramMalah, Elly Mazlein juga turut meluahkan rasa kerinduan kepada figura tersebut dan sempat bertanyakan penonton siapakah yang bakal menggantikan Azwan pada episod seterusnya.
Meninjau ruangan komen, antara nama yang ‘dipetik’ untuk menggantikan Diva AA sebagai pengacara LCK2 adalah Michael Ang serta Aznil Haji Nawawi.
Lagu Cinta Kita 2 yang diadaptasi daripada program popular CJ ENM ‘Love At First Song’ turut dihangatkan dengan kehadiran juri terkenal iaitu Hael Husaini, Mas Idayu dan Ajai.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.1 Comment
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Loading...
tecit
November 26, 2020 at 10:03 am
for me dedua mcm over. jd xde sape boleh tarik salah sorg dr terus merapu huhuhu. maybe klu nk letak diva aa pasangannye kene yg xbising(bingit merapu) sgt tehehe. vice versa la.