Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tidak Lagi Bertudung, Siti Saerah Akui Dirinya Bukan Manusia Sempurna

Siti Saerah telah pun tampil menjelaskan kekeliruan peminat tentang imejnya yang kelihatan tidak bertudung baru-baru ini. Menurut adik kepada Siti Nurhaliza ini, dia sudah tidak lagi berhijab sejak berpisah dengan suaminya kira-kira 2 tahun yang lalu. Untuk makluman, Siti Saerah telah diceraikan talak 3 pada ulangtahun perkahwinannya yang ke 7.

siti saerah

Advertisement

Kata Siti Saerah:-

Saya bukan manusia sempurna. Saya juga ada banyak kekurangan. Lagi pun, saya tidak mahu tipu diri sendiri. Pada mulanya keluarga bertanyakan mengenai keputusan saya ini. Dalam masa sama, Kak Siti juga bertanya sama ada saya masih bertudung atau tidak. Ini kerana terlalu banyak yang bertanya dan keliru. Jadi saya berterus-terang sahaja

Saya yang pilih jalan ini, jadi saya sedia terima segala kritikan dan komen orang. Dalam perkara ini saya tidak menyalahkan sesiapa. Apa pun saya sentiasa mencari yang terbaik untuk diri sendiri

siti saerah

Apa pun, all the best dan good luck diucapkan kepada Siti Saerah untuk masa depannya. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama