Tidak Kisah Tiada Dalam Pencalonan Couple MeleTOP AME 2018 – Fazura

Hiburan

Tidak Kisah Tiada Dalam Pencalonan Couple MeleTOP AME 2018 – Fazura

Walaupun peminat mereka merasa bengang dan mencetuskan pelbagai persoalan mengapa FattZura tidak dicalonkan dalam kategori Couple MeleTOP AME 2018, Fazura bagaimanapun mengakui tidak kisah beliau dan suami tiada dalam pencalonan tersebut.

Advertisement

Buat Fazura, ianya satu isu yang remeh-temeh dan mahu fokus kepada perkara lain yang lebih penting terutama sekali berkaitan kariernya.

Jujurnya, saya tidak kisah pun sama ada dicalonkan atau tidak. Pada saya, isu ini remeh-temeh. Banyak lagi perkara lebih penting untuk diambil berat. Antaranya, memperbaiki kualiti lakonan dan meningkatkan lagi kerjaya saya.

Fazura berharap peminat dapat bertenang dan tidak perlu risau kerana beliau dan Fattah telah menerima keputusan pihak MeleTOP dengan hati yang terbuka.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.