Dikecam menggunakan kain lapik meja sebagai kerudung ataupun veil bagi perkahwinan Izara Aishah dan Adib Khalid, pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim bagaimanapun tidak kisah dengan percakapan orang ramai yang negetif. Menurut Rizalman, apa yang penting, Izara berpuas hati dengan rekaan beliau.
Buat Rizalman, bukan mudah untuk mendidik masyarakat tentang fesyen. Segala ilmu serta pengalaman Rizalman dalam bidang fesyen dari pelbagai negara dijadikan inspirasi untuk menghasilkan busana pernikahan Izara.
Secara peribadi dia minta saya hasilkan sesuatu yang unik dengan elemen budaya untuk malam pernikahan itu. Jadi, saya serapkan elemen future classic. Alhamdulillah, dia berpuas hati dan majlis berjalan dengan lancar. Cumanya, Izara agak gementar malam itu, iyalah jadi pengantin.
Saya tak kisah orang nak cakap apa, benda baru pasti ada orang cakap. Kerudung itu adalah ilham daripada kain songket keras yang digunakan untuk menutup kepala ketika zaman Diraja dahulu.
Cumanya, saya terkilan bila orang kita sendiri tak tahu sejarah dan hanya tahu nak kritik sahaja. Saya menjelajah banyak negara dan membaca mengenai sejarah fesyen dan serapkan dalam busana istimewa ini.
Tambah Rizalman lagi, rekaan baju pernikahan serta veil tersebut mendapat perhatian dan pujian daripada pengikut Instagramnya di luar negara. Mereka memuji ia kelihatan sopan dan unik.