Tidak Kisah Fathia Nyanyi Dan Tukar Lirik Di Matamu Asalkan Tiada Serangan Peribadi – Sufian Suhaimi

Hiburan

Tidak Kisah Fathia Nyanyi Dan Tukar Lirik Di Matamu Asalkan Tiada Serangan Peribadi – Sufian Suhaimi

Mempercayai setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk berkarya, penyanyi Sufian Suhaimi tidak terasa hati apabila ada dakwaan mengatakan Fathia Latiff cuba mengeruhkan keadaan dengan membangkitkan isu putus tunangnya bersama Elfira Loy ketika mengubah lirik lagu Di Matamu untuk menjadi versi balasan terhadap single tersebut.

Advertisement

Sufian memuji apa yang dilakukan Fathia itu agak kreatif, namun beliau tetap berharap tiada sebarang sindiran yang tersirat.

Sebelum ini, memang ramai yang membuat ‘cover’ lagu ini dan saya sudah pun mendengarnya. Bagi saya, ini adalah antara lagu ‘cover’ yang kreatif. Saya tak rasa apa-apapun dan melihatnya sebagai cara untuk Fathia berkarya. Saya puji hasil kerjanya itu dan produksi terbabit.

Cuma harapan saya, apabila dia menyanyikan semula lagu itu dalam versinya sendiri, janganlah dia ada niat tertentu seperti membuat serangan peribadi secara berkias sehingga dilihat seperti cuba mencampuri urusan peribadi orang lain.

Terdahulu, netizen mempersoalkan apakah motif sebenar Fathia untuk terus melibatkan bekas tunang sufian itu dengan kenangan silamnya ketika Fathia “cc” lagu tersebut kepada Elfiradi Twitter. Malah, Elfira juga tidak faham mengapa Fathia berbuat demikian.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...