Kehadiran Ayda Jebat didalam industri hiburan tempatan ada juga mengundang rasa tidak puas hati ramai meskipun beliau boleh dikatakan agak popular. Ayda sedar ada sesetengah pihak yang membenci dirinya.
Namun, Ayda akui beliau tidak kisah jika mereka bersikap begitu kerana walaupun personaliti beliau tidak digemari namun mereka menyukai lagu beliau.
Bagi saya, ia perkembangan yang baik. Tidak kisah jika ada yang membenci saya kerana apa yang lebih penting, lagu saya menarik perhatian mereka. Saya percaya selepas lagu ini mencuri hati mereka, perlahan-lahan peminat akan cuba mengenali dan mendekati diri saya yang sebenar.
Ayda sebenarnya tidak sangka bahawa haters beliau tiba-tiba meminati lagu Pencuri Hati yang beliau nyanyikan untuk menjadi lagu tema drama Isteri vs Tunang.
Saya tidak menyangka, mereka yang selama ini membenci tiba-tiba mula meminati apabila Pencuri Hati menjadi lagu tema drama rantaian, Isteri vs Tunang lakonan Scha Alyahya dan Hisyam Hamid. Lebih membuatkan saya terharu, lagu ini juga menjadi pilihan ramai untuk aktiviti riadah.
Ramai yang menjadikan Pencuri Hati sebagai lagu pilihan ketika melakukan aktiviti mengeluarkan peluh seperti zumba, senamrobik dan di gimnasium. Susunan muzik lagu ini yang ceria membangkitkan mood dan semangat kepada pendengar setiap kali beriadah.
Nampaknya dalam benci masih ada lagi yang boleh menerima lagu nyanyian Ayda. Tidak dinafikan lagu Pencuri Hati agak popular juga dikalangan remaja dan mempunyai peminatnya tersendiri.