Tidak Kelihatan Di Mahkamah, Kes Pertuduhan Khalwat Aliff & Ruhainies Ditunda?

Hiburan

Tidak Kelihatan Di Mahkamah, Kes Pertuduhan Khalwat Aliff & Ruhainies Ditunda?

Kes pertuduhan khalwat melibatkan penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini dipercayai telah ditangguhkan ke tarikh lain.

Menurut Kosmo! Online,  kelibat kedua-dua selebriti sensasi itu serta peguam mereka masih tidak kelihatan di mahkamah.

Advertisement

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan dua tarikh perbicaraan bagi kes ini, iaitu hari ini dan 27 Februari 2025. Mereka didakwa atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium pada 9 Mac tahun lalu.

Ruhainies jawab dakwaan bakal bertunang dengan Aliff

Terdahulu, pada 3 Julai 2023, Aliff, 34, atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, dan Ruhainies, 32, atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di mahkamah yang sama.

Mengikut pertuduhan, Aliff didakwa berada bersama Ruhainies, yang bukan isterinya atau mahramnya, dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral di kondominium itu pada pukul 12.35 pagi. Ruhainies pula didakwa atas kesalahan yang sama.

Aliff dituduh mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, manakala Ruhainies didakwa di bawah Seksyen 27(b) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili kedua-dua selebriti terbabit, Abdul Hadi Mohamad Salleh, tidak dapat dihubungi kerana talian telefonnya ditutup. Usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada Ruhainies juga tidak berjaya kerana panggilan telefon tidak dijawab.

aliff aziz mahkamah
4 months ago

Ruhainies & Aliff Aziz Masih 'Kunci Mulut', Cuma Dedah Sebutan Semula Kes Khalwat Pada Februari 2025

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...