Pelakon Datin Paduka Eina Azman wajar dijadikan idola yang terbaik buat masyarakat, bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik tetapi dia juga seorang yang pemurah.
Baru-baru ini, video Eina membantu tiga keluarga yang kurang bernasib baik di Kelantan mendapat perhatian ramai. Dia sangat prihatin dan tidak lokek untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Menerusi video tersebut, Eina kelihatan tidak kekok dan dengan bersahaja duduk di atas lantai sambil beramah mesra dan melayan ahli keluarga terbabit termasuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU).
View this post on InstagramAdvertisement
Rata-rata netizen memuji tindakan mulia pelakon tersebut dan ramai yang mendoakan semoga Eina sekeluarga dilimpahkan dengan rezeki yang lebih lagi dan dipermudahkan segala urusan.
Kami respek dengan Eina dan semoga apa yang dilakukan olehnya dapat memberikan contoh untuk orang lain di luar sana membantu mereka yang memerlukan. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

kakikucinghitam
December 16, 2019 at 12:20 pm
eina azman ni mmg awesomeee sgt x same dgn datin2 lain.. die x pernah show off brg shopping. ada skali je die tunjuk masa bedei die, die bngun tido n banyak sgt paperbag chanel; gucci segala mak nenek tu depan katil die. tu pun x jelas mana video tu.. few second je… shes the best lahh…
damai
December 16, 2019 at 11:02 am
pernah terserempak dia in person with whole family at JB shopping centre, mmg humble and x sombong, ada peminat oku yg ambil gambar dgn dia, dia really peluk bahu dat peminat dan sebelum dia nak bergerak, dia peluk peminat itu sambil beri kata semangat dan tanpa disedari peminat itu dia selitkan duit RM50 dlm kocek baju peminat itu, sy perasaan dan lepas dia berlalu sy beritahu peminat itu suruh tengok dlm kocek baju dia, allah sgh sedih sekali bila peminat itu tengok ada duit RM50
Anonymous
December 16, 2019 at 10:27 am
Alhamdulillah baik hati berkongsi rezeki. Tapi xde la x kekok langsung. Kalau x kekok x duduk atas carpet huihui
love it
December 16, 2019 at 8:44 am
terharu la eina. thanks wif love. Semoga Allah merahmati awk sefamily.