Written by Bella | July 12th, 2018

Setelah tiga tahun percintaan bersama pelakon Aiman Hakim Ridza terlerai di tengah jalan, Fathia Latiff akui pengalaman tersebut mematangkan dirinya.

Fathia lebih selesa untuk hidup solo daripada terus dikecewakan lagi dan pada pendapatnya perkahwinan bukanlah jaminan kebahagiaan dalam hidup seseorang.

Bukan saya tidak percaya pada institusi perkahwinan tetapi pengalaman gagal dalam percintaan sebelum ini banyak mengajar dan mematangkan diri ini. Biarlah saya hidup sendirian dulu sehinggalah bertemu dengan lelaki yang tepat untuk dijadikan kekasih dan calon suami.

Jika dulu, saya yang mengejar cinta lelaki tetapi kini tidak lagi. Selepas adik perempuan berkahwin, pastinya emak juga mahu melihat saya berumah tangga. Saya pula sebaliknya melihat perkahwinan bukan keutamaan buat masa sekarang.

Lebih fokus kepada kerjayanya dan mempunyai sikap yang lebih serius kini, Fathia turut akui itu mungkin salah satu sebab mengapa lelaki takut untuk mendekati dirinya.

Bab memilih cinta hati dan pasangan hidup ini memang perlu difikirkan seeloknya, jangan main tangkap muat. Kelak kalau dikecewakan lagi luka yang dialami pastinya lebih parah. Tidak mengapa, pastinya ada jodoh yang sudah tertulis buat Fathia, cuma cepat atau lambat sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro

18 responses to Tidak Kejar Cinta Lagi, Kahwin Tidak Jamin Kebahagiaan – Fathia Latiff

  1. Anonymous says:

    Wahai Fathia yg cantik,
    “Perkhawinan bukn ukuran kebahagiaan”..kita hanya manusia, tiada yg sempurna.
    Pengalaman gagal dlm percintaan tidak sama “pengalaman gagal dlm perkhawinan”.
    ..jauh sekali perbezaan nya Fathia.

    Apakah tujuan perkhawinan…googleah sendiri ye.
    Rasulullah pernah menyatakan”..barang siapa yang tidak mempercayai perkhawinan…mereka itu bukanlah umatku”.

    10

    0
    • anak makcik bawang (AMB) says:

      been in that situation. bukan tak percaya. tapi perkahwinan bukan ukuran kebahagian. lagipun jodoh di tangan tuhan… bila tiba masanya dia akan kahwin jugak. bab jodoh ni macam cari rambut dalam tepung kut

      8

      0
  2. Anonymous says:

    cinta tak perlu dikejar..dn tak perlu terburu-buru.
    Cinta akan dtg sendiri bila sampai waktunya…tapi jgn jadi hamba cinta.
    yang penting..elakkan “menyodol laki org”.

    9

    0
  3. pakatanbawang says:

    x kejar sbb x der yg mengejar..so..ko berlari setempat yo la

    32

    1
  4. Anonymous says:

    “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”…iaitu Hawa.

    1

    0
  5. nok gebuzzz says:

    kalau ada vvip yg kejar mcm mn…nak tukor statment jadi” jodoh saya dah sampai dan pasti kami akan bahagia….”gitu ke??tanya jer…

    13

    0
  6. azi says:

    mmg bukan jaminan utk bahagia tp perkhawinan adalah kesempurnaan, mematangkan diri seseorang, kerana nabi muhammad tidak mengaku umat kepada umatnya yg tidak berkhawin, hati2 keluar statement yer fathia, jgn nampak sangat keliru identiti

    6

    1
  7. azi says:

    Rasulullah SAW telah pun bersabda, ?Wahai sekelian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya” (Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400).

    5

    0
  8. courts mammoth says:

    ADA BUKTI HADIS SAHIH KE APA TAK PASAL TAK NGAKU UMAT? BAIK nko nko cek balik eh. LAGIKAN hukum kahwin tu ada 5 ko tau tak? wajib, sunat, harus, makruh, haram. ada paham kenapa ada 5 hukum? kalau org tu dah tau dia kolo kawin jatuh hukum haram (cth mcm Gay kawin sbb nak cover kunyit tapi tau dia bakal menjandakan anak dara org) kena ke dia kawin semata takna nabi x ngaku umat?

    5

    3
    • Anonymous says:

      zmn dulu ada ke gay, lgbt, skrg je byk perkawenan sonsang, ini boleh di katakan bukan umat Islam..

      Dlm islam dilarang sama sekali kawen sesama jenis..”sbb tulah Nabi dh nyatakn..awal2..bukan umatku jika kawen sejenis.
      Sbb tu smpai skrg Sajat dn Coach Yin…”x lepas”.., sbb undg2 dlm negara islam x benarkan.

      Bangsa Non Muslim…lantak kolah..

      0

      2
      • Anonymous says:

        Ko ni mmg jenis nak bergossip je kan…buku agama ,quran xbaca…zaman dulu xde gay???oii dalam quran bgtau zaman nabi luth…ape kaum dio buat….
        Jodoh tu Allah tentukan..mnde lak nabi xngaku umat klu tanak kawin…dio xde bg statement dio xnak kawin…osah bengap…nak membawang bior cerdik…

        8

        0
    • aku says:

      mmg ianya nya hadis yg lemah dan daif tp dari sudut optimis kita kena fikir balik kenapa hadis lemah dan daif itu keluar

      0

      0
  9. Anonymous says:

    nyaman tau menikah ni.

    1

    0
  10. Anonymous says:

    Buat apa pun takkan menjamin kebahagiaan…..

    2

    0
  11. fifi says:

    Dah x laku aktif pulak bg komen2 hal2 mcm ni eh…

    1

    0

Leave a Comment

Optional