January 30th, 2020

Nama Aliff Aziz nampaknya tidak pernah reda dengan kontroversi dan sering menimbulkan satu demi satu kekecohan.

aliff aziz

Beberapa minggu lalu, viral video dia bertengkar mulut sambil menunjukkan kemaluan dan hampir bergaduh di hadapan restoran di Singapura masih segar dalam ingatan netizien. Tidak cukup dengan itu, Aliff sekali lagi mencetus kontroversi apabila bergaduh di kaki lima sebuah restoran.

 

 

 

Agak dasyat juga pergaduhan kali ini, Aliff yang kelihatan memakai baju singlet putih dan seluar pendek berwarna biru dan memiliki tatu dibahagian belakang badan dikejar sehingga terjatuh dan ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum pergaduhan dileraikan oleh orang ramai. Ada sumber mengatakan, dia ketika itu berada dalam keadaan mabuk.

Tidak henti bergaduh sejak kebelakangan ini, ramai yang tertanya apa agaknya yang berlaku dalam kehidupan Aliff sehingga dia bertindak di luar kawalan?

Aliff alami gangguan mistik, terkena buatan orang?

bella astillah aliff aziz

Menerusi kenyataan di portal Harian Metro, bekas isterinya Bella Astillah memaklumkan bahawa bekas suaminya itu mengalami gangguan mistik. Terkena buatan orang yang tidak berpuas hati dengannya.

Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila.

aliff aziz

Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang pun, masih ada lagi benda-benda sebegini. Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan. Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu tapi apabila sakitnya membabitkan perkara ghaib, sedikit sukar untuk mencari penawarnya.

Tidak dinafikan, walaupun zaman sudah moden memang  ada lagi manusia yang percaya dengan ilmu hitam. Bila seseorang itu terkena sihir, ia boleh menyakiti atau mempengaruhi badan, akal serta hati dan bertindak di luar kawalan. Mungkin itu juga yang dialami oleh Aliff sehingga kehidupannya kini huru-hara.

Sumber Berita : Harian Metro

 


15 responses to “Tidak Henti Bergaduh, Aliff Aziz Alami Gangguan Mistik?”

  1. Anonymous says:

    This guy will never run out of excuses. He is an idiot. Bella is so stupid and will regret lifetime if u make a U turn. He is beyond correction. Nothing can change. Stop blaming your surroundings as u choose to be like this. Stupid guy!

  2. Pemerhati says:

    Setan mana pulak nak dia mabuk2 jadi gila ni? Bro, Sister be a grown up and be responsible lah. Dah buat salah don’t blame others. no one asked you to be a drinker. no one ask u to lepak with sampah. No one ask u to fuck around. Now guna nama anak plak. While bella in pantang last time, tak ingat anak bini ke masa kau buat hal? And masa ko lari rumah, tak ingat anak ke? now you wanna get back together because u realize u have a son?? Stupid lame excuses la boy and girl. Dah syg macam kena dadah tu mengaku je lah. get out from the industry. People are sicked with your problems and attitude.

  3. kakikucinghitam says:

    mistik pulak yang salah…. adoii marah pocong antu raye dgr…

  4. Anonymous says:

    Bella ni asik hdp dlm denied je x abis2…stop laa bella oiii….kami sume bkn bodoh…ko jmpe ustaz mana tu??ke ko sndri y cakap??dh terang2 mabuk sbb minum…bangamg x sudah..hrp ank ko x bodoh cam ko n si alip laa…

  5. Olimpiur says:

    Hmm next blh tak

Loading...